Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Seorang wartawan foto Washington Post, Heidi Levine, cedera selepas diserang peneroka Israel ketika membuat liputan musim menuai zaitun di Abu Falah, Tebing Barat. Insiden itu turut menyaksikan pokok zaitun dibakar dan penduduk Palestin diserang ketika menjalankan aktiviti penuaian tahunan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, seorang wartawan foto Washington Post cedera selepas diserang peneroka Israel ketika membuat liputan musim menuai zaitun di tebing barat
00:08yang diduduki.
00:10Mangsa Heidi Levin dilaporkan cedera ketika berada di kampung Abu Falah yang menjadi lokasi aktiviti menuai zaitun penduduk Palestine.
00:19Menurut saksi, sekurang-kurangnya 80 peneroka Israel sebahagiannya membawa kanister gas turun dari kawasan berbukit berhampiran kebun zaitun bertingkat.
00:28Tempat penduduk kampung berkumpul untuk menuai hasil tanaman mereka.
00:32Levin berkata serangan terhadapnya hanya berakhir selepas rakan-rakan wartawan Palestine campur tangan untuk membantu.
00:40Beliau kemudian dibawa dengan ambulans ke klinik di Abu Falah sebelum dipindahkan ke hospital di Ramallah untuk mendapatkan rawatan lanjut.
00:48Saksi turun mendakwa puluhan peneroka bertopeng dan berpakaian gelap membakar pokok zaitun dan membaling batu ke arah penduduk Palestine dalam
00:57serangan yang disifatkan sebagai terancang.
00:59Sekurang-kurangnya dua individu termasuk Levin dilaporkan cedera dalam izin dan berkenaan.
01:05Menurut saksi, beberapa peneroka menggunakan lastik bagi melancarkan batu ke arah penduduk kampung.
01:12Madakala penduduk Palestine bertindak mempertahankan diri dengan membalas lontaran batu selepas berundur ke kawasan lebih rendah.
01:19Keadaan menjadi semakin tegang apabila tentera Israel tiba di lokasi.
01:23Saksi berkata serangan berterusan walaupun pasukan keselamatan berada di kawasan tersebut dengan gas pembedih mata turut dilepaskan.
01:33Bunyi tembakan hidup juga dilaporkan kedengaran manakala seorang jurugambar menyaksikan sekurang-kurangnya seorang peneroka bersenjata melepaskan tembakan.
01:42Dalam satu kenyataan, tentera Israel malumkan anggota keselamatan dan polis sempadan melepaskan tembakan amaran selepas dikerahkan ke lokasi kejadian.
01:53Terima kasih kerana menonton!

Recommended