00:00Parti Keadilan Rakyat akan turut mengetengahkan calon muda pada pilihan raya negeri PRN Melaka dengan pemilihan bukan hanya berdasarkan faktor
00:08usia, sebaliknya turut mengambil kira keupayaan dan kebolehan calon.
00:12Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohd Kamil Abdul Munim berkata calon yang dipilih juga perlu mempunyai ketahanan serta memenuhi aspek lain
00:20yang diperlukan bagi menghadapi pilihan raya.
00:25Gerak kerja ya sudah mula bukan kita baru-mula baru maksudnya lamalah gerak kerja di lapangan ini dan kalau kita
00:31lihat beberapa minggu yang lalu pun sudah ada beberapa inisiatif pelancaran jentera yang telah dilakukan di pihak kita dan Alhamdulillah
00:38di Peringkat Keadilan dan Pakatan Harapan kita sudah bersedia untuk masuk ke dalam pelan raya negeri Melaka.
00:45Mengulas kemungkinan PH bergerak solo pada PRN berkenaan Mohd Kamil berkata pendirian ketika ini adalah gabungan itu perlu bergerak atas
00:54kekuatan sendiri.
00:55Sementara keputusan mengenai bentuk kerjasama atau strategi pilihan raya akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi.
01:02Beliau ditemui selepas majlis pra-pelancaran Coffee Table Book Anwar Ibrahim, kisah yang dirakam pada Kamis.