Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
KKM menggalakkan penggunaan pelitup muka N95 bagi mengurangkan pendedahan kepada PM2.5 ketika jerebu. Orang ramai juga disaran mengelakkan aktiviti luar apabila bacaan IPU melebihi tahap tidak sihat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Orang ramai dinasihatkan memakai pelitup muka N95 sekiranya perlu melakukan aktiviti luar ketika jerebu berikutan keupayaannya menapis partikel halus bersaiz
00:102.5 mikron yang boleh memasuki sistem penafasan dan membahayakan kesihatan.
00:16Kementerian Kesihatan KKM memaklumkan sekiranya pelitup muka N95 tidak dapat diperolehi pemakaian pelitup muka tiga lapis boleh dipertimbangkan sebagai langkah
00:25pelindungan tambahan yang terhad.
00:27Menurut KKM, penggunaan pelitup muka bersesuaian amat penting bagi mengurangkan pendedahan kepada bahan pencemaran udara khususnya ketika bacaan indeks pencemar
00:37udara IPU melebihi 100 iaitu pada tahap tidak sihat.
00:41Kementerian itu menegaskan bahawa langkah paling berkesan untuk meminimumkan kesan buruk jerebu takdak kesihatan adalah dengan mengelakkan aktiviti luar apabila
00:50kualiti udara berada pada tahap berkenaan.
00:52KKM maklumkan pihaknya akan terus memantau situasi jerebu dan kesannya terhadap kesihatan penduduk selain memastikan fasiliti kesihatan bekalan ubat-ubatan
01:02serta petugas kesihatan sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan yang diperlukan.
01:08Sampai jumpa di video selanjutnya.

Recommended