Skip to playerSkip to main content
Seorang bekas pemain bola sepak didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja seberat 72 kilogram (kg) pada September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

Tertuduh, Muhammad Faiz Nazri, 26, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800271/berita/semasa/bekas-pemain-bola-sepak-didakwa-edar-72-kg-kanabis

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesdadah

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang bekas pemain bola sepak didakwa di Mahkamah Magistret Alus Setar atas pertuduhan mengedar dadah jeniskan nabis atau ganja seberat
00:0872 kg pada September lalu.
00:11Tertuduh Muhammad Faiz Nazri, 26 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Eliana Ismail pada selasa.
00:20Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang pernah beraksi bersama pasukan Piala Presiden sesebuah negeri kerana kes tersebut berada di
00:29bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:32Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jeniskan nabis seberat 72 kg di tepi jalan selepas Plaza Tol Alus Setar
00:41Selatan kira-kira jam 6.30 petang pada 24 September lalu.
00:45Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B-2 Akta
00:58Sama.
00:58Mahkamah tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 2 Februari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Recommended