00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengecam serangan berterusan kumpulan Houthi terhadap Arab Saudi ketika konflik di Yemen terus memuncak.
00:08Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang pengesahan ketika ditanya sama ada Washington akan melancarkan serangan terhadap sasaran Houthi.
00:17Sebaliknya, Trump menifatkan tindakan kumpulan Houthi sebagai serangan kejam.
00:22Kenyataan itu dibuat ketika beliau bercakap kepada wartawan sebelum berlepas untuk lawatan kempen ke Alaska.
00:28Perkembangan itu berlaku ketika konflik di Yemen terus meruncing antara pasukan kerajaan Yemen yang disokong gabungan tentera pimpinan Arab Saudi
00:35dan kumpulan Houthi.
00:37Awal bulan ini, pasukan kerajaan Yemen melancarkan operasi Fajar Yemen bagi merampas semula wilayah yang dikuasai Houthi dan mengembalikan kawalan
00:46kerajaan.
00:47Kumpulan Houthi menguasai ibu negara Yemen Sana'a serta beberapa wilayah lain sejak 2014.
00:52Gabungan tentera pimpinan Arab Saudi pula mula campur tangan pada 2015 bagi menyokong kerajaan Yemen yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
01:02Ketegangan terkini memuncak selepas genjatan senjata yang dicapai pada 2022 dilaporkan gagal dipertahankan.
01:10Terima kasih telah menonton!