Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Kerajaan Sabah akan meneliti cadangan pelaksanaan inisiatif khas bagi membantu menangani pelbagai cabaran sektor kesihatan di negeri itu.
Transcript
00:00Kerajaan Sabah akan meneliti cadangan pelaksanaan inisiatif khas bagi membantu menangani pelbagai cabaran sektor kesihatan di negeri itu.
00:09Ketua Menteri Sabah, Datuk Sri Haji Jinnur berkata, langkah tersebut perlu dipertimbangkan berikutan masih banyak cabaran berkaitan sektor kesihatan di
00:16Sabah yang perlu ditangani secara menyeluruh.
00:23Setiap tahun dalam usaha memastikan rakyat kita sentiasa mengamalkan hidup sihat dan cegas.
00:34Namun masih banyak yang perlu kita buat dan untuk itu Kerajaan Negeri akan meneliti cadangan untuk melaksanakan satu inisiatif khas
00:48bagi membantu menangani cabaran-cabaran sektor kesihatan di negeri ini.
00:54Dalam pada itu, Haji Jinnur menambah Hari Sukan Negara juga merupakan gerakan berterusan untuk membudayakan sukan, kecerdasan dan gaya hidup
01:04aktif dalam kehidupan seharian masyarakat.
01:07Hari Sukan Negara merupakan satu gerakan untuk membudayakan sukan, kecerdasan dan gaya hidup aktif dalam kehidupan seharian rakyat.
01:24Sukan mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk sebuah masyarakat yang sihat, aktif dan proaktif.
01:35Beliau turut menyasarkan sebanyak lebih 650 ribu penyertaan sepenuh sambutan Hari Sukan Negara tahun ini dengan penglibatan kementerian dan jawatan
01:46kerajaan, institusi pendidikan, pihak berkuasa tempatan, persatuan sukan serta komuniti setempat.
01:53Sambutan tersebut turut diadakan di lima zon lain iaitu Tawau, Sandakan, Bufod, Kudat dan Keningau.
02:01Terima kasih.
02:02Terima kasih.

Recommended