00:00Dan ini pula perkembangan perlombaan Formula 1 di Singapura.
00:04Lembaga Pelancongan Singapura STB memaklumkan pelan itu mengambil kira bacaan indeks piawaian pencemaran PSI 24 jam dan zarah halus PM
00:132.5 selama 1 jam.
00:15Antara langkah yang disediakan termasuk memaklumkan pengunjung di litar Marina Bay mengenai perkembangan terkini jerbu selain menyediakan bantuan perubatan dan
00:24pelitup muka N95 sekiranya diperlukan.
00:28STB berkata agensi kerajaan bekerjasama rapat dengan penganjur Singapura GP bagi memastikan kesihatan dan keselamatan semua pihak selain menjamin kelancaran
00:38perlombaan serta program hiburan sepanjang acara.
00:42Menurut STB sekiranya jerbu menjejaskan jarak penglihatan, kesihatan awam atau operasi acara, agensi berkaitan akan menilai keadaan bersama penganjur sebelum
00:52sebarang keputusan dibuat.
00:54Sementara itu, Badan Induk Sukan Pemotoran Dunia, Persekutuan Otomobil Antarabangsa FIA memaklumkan kemungkinan sekatan terhadap aktiviti luar, termasuk program hiburan
01:05sekiranya keadaan jerbu bertambah buruk.
01:08Bagaimanapun, perlombaan dijangka tidak terjejas.
01:10Pengarah eksekutif SGP Adam Firth berkata, setakat ini tiada rancangan untuk mengubah aktiviti hiburan yang dijadwalkan.
01:17Katanya pihak penganjur akan terus memantau keadaan cuaca dan memaklumkan sebarang perubahan menerusi saluran rasmi.