Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Belanjawan 2027 memperuntukkan RM459.8 bilion, dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM2,000 dan pelepasan cukai individu meningkat kepada RM12,000.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Belanjawan 2027 memperuntukkan RM459.8 bilion, meningkat RM40.6 bilion berbanding tahun sebelumnya.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelanjawan bertemakan menggapai di langit, mengakar di bumi itu,
00:18memberi tumpuan kepada jurang upah dan penstrukturan semula sistem percukaian.
00:24Antara tumpuan utama, kenaikan gaji minimum kepada RM2,000 sebulan dan peningkatan pelepasan cukai individu kepada RM12,000.
00:34Gaji minimum baru berkuatkuasa Jun 2027 dengan pengecualian kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang merekodkan jualan bawah RM50 juta.
00:45Kerajaan turut memperkenalkan dasar gaji lantai bermula RM2,500 bagi pekerja separah mahir dan graduan.
00:51Bagi golongan M40, kenaikan pelepasan cukai dan pengurangan kadar cukai dijangka memberi lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,600.
01:03Sementara itu, lebih RM80 bilion diperuntukkan bagi subsidi, bantuan dan insentif tahun depan.

Recommended