00:00Lunas keempat, mengangkat mutu perkhidmatan rakyat.
00:05Ketangkasan perkhidmatan itu harus diutamakan.
00:10Bermula dengan Kementerian Kesihatan.
00:14Maka Kementerian Kesihatan ditambah perutukan menjadi RM47.7 bilion.
00:26Dan saya umumkan, isu doktor kontrak yang terus berbangkit tahun demi tahun,
00:34Alhamdulillah akan dapat akhirnya dinoktahkan.
00:43Sejak 2023, kita telah melantik secara tetap lebih 15,000 doktor kontrak,
00:50termasuk 4,000 orang doktor pada tahun ini.
00:54Bagi tahun 2027, lebih 9,000 doktor kontrak ditawarkan ke jawatan tetap.
01:02Ini bermakna selepas ini, doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah
01:08akan terus ditawarkan jawatan tetap pegawai perubatan.
01:15Dan bagi menghargai 47,000 anggota paramedik dan jururawat yang memikul tanggungjawab besar di lapangan,
01:25kadar bayaran insentif pos baik basic akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.
01:34Tentunya, ramai yang terkejut dan dukacita atas tragedi nahas helikopter perkhidmatan doktor udara Delong Lelang
01:41yang beragut nyawa petugas barisan ke depan.
01:44Barisan hadapan.
01:46Kerajaan bersetuju menaikkan bayaran insentif perkhidmatan kesihatan udara kepada RM100.
01:53Bagi mengurangkan tempoh menunggu pesakit yang mendapat rawatan,
01:58ini kita alami semua di hampir semua hospital.
02:01terutama hospital bandar.
02:04Peruntukan untuk menyumber luar pesakit ke hospital lain ditingkatkan kepada RM200 juta
02:10untuk mengurangkan beban di hospital.
02:13Selain itu, skim dengan pelaburan RM1 bilion terus mempergiat pelaksanaan projek sistem rekod perubatan elektronik
02:22di fasiliti kesihatan di seluruh negara.