Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menurut beliau, antara faktor lain ialah persepsi mengenai kurangnya peluang melanjutkan pengajian kepakaran jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak.
Transcript
00:00Faktor berjauhan daripada keluarga dan tidak bersedia untuk bertukar serta berkhidmat di kawasan luar bandar menjadi salah satu alasan utama
00:08pegawai perubatan menolak tawaran pelantikan tetap di Sabah dan Sarawak.
00:13Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad, sebanyak 63% pegawai perubatan yang ditawarkan untuk berkhidmat di dua wilayah
00:20berkenaan telah melapor diri.
00:24Jelasnya di Sarawak seramai 337 daripada 526 pegawai perubatan yang ditawarkan melapor diri manakala di Sabah 336 daripada 528 pegawai
00:35turut berbuat demikian.
00:37Dua pegawai lebih berminat untuk bertugas di fasiliti kesihatan di kawasan bandar.
00:42Ketiga, pegawai berpandangan tidak mempunyai peluang kerjaya yang baik sekiranya berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.
00:48Keempat, pegawai ingin menjaga ibu bapa dan adik-beradik serta ingin berada berdekatan dengan pasangan.
00:55Seterusnya, pegawai menghidap masalah kesihatan dan juga pegawai menghadapi masalah logistik, kewangan pribadi serta kos perpindahan yang tinggi.
01:05Kurang peluang, satu persepsi kurang peluang melanjutkan pengajian kepakarannya jika ditempatkan di Sabah dan Sarawak.
01:12Dan akhir sekali, kerisauan mengenai hala tujuh kerjaya dan peluang untuk bertukar semula ke persendanjung ataupun wilayah asal mereka.
01:21Dalam peritu, beliau berkata KKM mengambil beberapa langkah bagi menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan melapor diri di Sabah dan Sarawak.
01:29Antaranya menambah baik kaedah penempatan pegawai perubatan lantikan tetap menerusi sistem e-placement dengan penggunaan teknologi algoritma bagi menentukan penempatan.
01:39KKM telah memberikan taklimat mengenai proses penempatan serta mengeluarkan keputusan penempatan lebih awal bagi membolehkan pegawai membuat persediaan secukupnya sebelum
01:48melapor diri.

Recommended