Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani mengkritik pembabitan Amerika Syarikat dalam konflik Gaza sempena ulang tahun ketiga serangan 7 Oktober.
Transcript
00:00Datuk Bandar New York Zoharan Mamdani mengkritik pembabitan Amerika Syarikat dalam konflik di Gaza ketika dunia memperingati ulang tahun ketiga
00:08serangan 7 Oktober 2023.
00:11Menerusi hantaran di platform ads, Mamdani berkata hari tersebut terus meninggalkan kesan mendalam kepada ramai penduduk New York yang kehilangan
00:19ahli keluarga dan orang tersayang.
00:24Bagaimanapun, beliau menegaskan penderitaan di rantau itu tidak bermula dan tidak berakhir pada 7 Oktober semata-mata.
00:31Mamdani merujuk kepada angka kematian yang direkodkan di Gaza sejak operasi ketenteraan Israel bermula termasuk pembunuhan puluhan ribu rakyat Palestine
00:39dan kanak-kanak.
00:40Beliau berkata ramai rakyat Amerika turut bergelut dengan kesedihan berikutan krisis kemanusiaan yang berlarutan di wilayah tersebut.
00:47Pada masa sama, Mamdani mengkritik kerajaan Amerika Syarikat dengan mendakwa Washington terus terlibat dalam penghantaran senjata yang digunakan dalam konflik
00:57berkenaan.
00:58Beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa menolak sebarang bentuk penindasan dan memperjuangkan hak serta maruah semua pihak yang terjejas.
01:05Menurutnya, menghormati semua mangsa yang terkorban, memerlukan usaha mewujudkan dunia yang lebih selamat, adil dan aman.

Recommended