Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Persatuan Badminton Malaysia menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang pernah berkhidmat sebagai Penaung BAM selama lebih dua dekad.
Transcript
00:00Baik, selanjutnya kita juga ada menerima kenyataan dari Persatuan Badminton Malaysia BAM yang di mana Aliyarhamah sewaktu hayatnya itu menjadi
00:10penahung kepada Persatuan Badminton Malaysia ini di mana BAM turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian amarahumah Tuan Dr. Siti Asmah
00:20Mamah Ali.
00:21Dalam satu kenyataan, BAM menyifatkan Aliyarhamah sebagai tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan sukan Badminton negara.
00:30Menurut BAM, Aliyarhamah pernah berkhidmat sebagai penahung Persatuan itu selama lebih dua dekad sehingga tahun 2007.
00:39Aliyarhamah juga menjadi penahung BAM ketika Malaysia melakar kejayaan bersejarah menjuarai Piala Thomas pada tahun 1992.
00:50BAM berkata, sokongan, keprihatinan dan kasih sayang Aliyarhamah terhadap sukan Badminton akan terus dikenang oleh seluruh warga persatuan dan komuniti
01:01Badminton negara.
01:03Dalam pada itu, Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama Majlis BAM, pengurusan, jurulatih, pemain dan
01:13kakitangan
01:14dan turut menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Aliyarhamah.
01:18BAM turut mendoakan agar roh Aliyarhamah dicucuri rahmat dan ditepatkan dalam kalangan orang beriman.

Recommended