Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan tatakelola yang baik mesti terus dipertahankan dalam pentadbiran kerajaan. Beliau berkata ketetapan AGC berhubung isu penggantungan pegawai kanan Negeri Sembilan menunjukkan pentingnya mematuhi bidang kuasa yang diperuntukkan undang-undang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kinsip kedaulatan undang-undang dan tata kelola yang baik perlu terus dipertahankan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
00:06Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setiap tindakan pentadbiran perlu dibuat berdasarkan bidang kuasa yang diperuntukkan oleh
00:14undang-undang.
00:17Menurut beliau, isu penggantungan tugas setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafiq Ibrahim dan penasihat Undang-Undang Negeri Datuk Muzal
00:25Mahmustafa Kamal membuktikan pentingnya pematuhan kepada peruntukan undang-undang.
00:30Saifuddin berkata, Jabatan Peguang Negara telah menjelaskan bahawa Ex-Ko Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa untuk menggantung kedua-dua pegawai
00:38berkenaan.
00:39Beliau berkata, Perkara 37 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 memperuntukkan kuasa pelantikan dan penggantungan jawatan tersebut kepada Suruhanjaya
00:49Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman serta Perundangan.
00:53Saifuddin menegaskan prinsip tata kelola, keadilan dan kedaulatan undang-undang mesti terus dipelihara dalam pentadbiran negara.
01:01Beliau berkata, setiap keputusan pentadbiran perlu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang bagi memastikan integriti institusi dan kelancaran pentadbiran negara terus
01:12terjamin.

Recommended