Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tegaskan tiada cadangan pertambahan bahagian pilihan raya parlimen Sarawak buat masa ini seperti dilaporkan akhbar tempatan yang merujuk kepada perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhanjaya Pilihan Raya SPR tegaskan, tiada cadangan pertambahan bahagian Pilihan Raya Parlimen Sarawak buat masa ini seperti dilaporkan akhbar tempatan
00:11yang merujuk kepada perbincangan Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
00:21Setiausaha SPR, Datuk Khairul Syahril Idrus berkata, dawaan dalam pelaporan itu memetik dokumen cadangan persempadanan semula bahagian Pilihan Raya Sarawak
00:30yang kononnya dikongsi kepada akhbar berkenaan.
00:33Jelas SPR, hanya syur kajian semula persempadanan KSP Negeri Sarawak ke-7 telah disediakan oleh SPR dan kini dipamerkan secara
00:42rasmi kepada orang ramai sepanjang bulan ini.
00:45Sehubungan itu, Khairul Syahril berkata SPR menyeru pihak akhbar berkenaan agar sentiasa merujuk maklumat mengenai KSP yang sahih dan tepat
00:54di portal atau kenyataan rasmi dikeluarkan SPR.
00:57Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan KSP Kawasan Pilihan Raya bagi Sarawak dijangka menyaksikan pertambahan 15 kerusi parlimen menjadikan jumlah kerusi
01:07negeri itu meningkat daripada 31 kepada 46 kerusi.

Recommended