Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pemain sayap lincah Arif Aiman Mohd Hanapi meledak dua gol ketika Malaysia membuka kempen Kumpulan A Divisyen 1 Piala ASEAN FIFA 2026 dengan kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, pada Jumaat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pemain sayap lencah Arif Aiman Mohamad Hanapi meledak dua gol ketika Malaysia membuka kempen kumpulan A Divisian 1 Piala ASEAN
00:09FIFA 2026
00:11dengan kemenangan meyakinkan 3-0 ke atas Bangladesh di Stadium Glora Bung Karno di Jakarta pada Jumaat.
00:19Penyerang Johor Darutazim JDT Begson Da Silva melengkapkan kemenangan Harimau Malaya menerusi gol ketiga
00:27bagi memastikan skuad negara memulakan saingan edisi sulung ke Johanan Serantau itu dengan langkah kanan.
00:36Perlawanan itu turut menyaksikan tiga pemain JDT, Begson, Manuel Hidalgo dan Brad Tapp membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan
00:44selepas disenaraikan dalam kesebelasan utama hanya seminggu selepas mendapat kelulusan mewakili Malaysia.
00:50Skuad kendalian ketua jurulatih sementara Tan Cheng Ho memecah kebuntuan pada minit ke-18 apabila Arif Aiman tenang menyudahkan hantaran
00:59menarik Noah Lane dari dalam kotak penalti.
01:02Arif Aiman sekali lagi menceriakan kem negara pada minit ke-37 apabila memanfaatkan kegagalan benteng Bangladesh mengeluarkan bola
01:10dari kawasan berbahaya sebelum menyempurnakan umpan strike Wilking untuk meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0.
01:18Malaysia terus menguasai permainan selepas rehat dan hanya memerlukan tujuh minit untuk menambah gol ketiga
01:24menerusi Begson yang menyudahkan hantaran lintang Corwin Ong dari sebelah kiri.
01:30Kemenangan 3-0 itu memberi suntikan awal kepada Malaysia menjelang baki saingan kumpulan A menentang tuan rumah Indonesia di Jakarta
01:37pada Isnen depan sebelum bertemu Singapura dalam aksi terakhir kumpulan di St. Demsik Jalak Harupat, Bandung pada 1 Oktober.
01:46Piala ASEAN FIFA 2026 diperkenalkan pada sudang kemunca ASEAN di Kuala Lumpur tahun lepas menerusi kerjasama FIFA dan ASEAN.

Recommended