00:00Qatar menolak dakwaan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang menuduh negara itu menjalankan kempen untuk mempengaruhi pandangan masyarakat antarabangsa terhadap
00:09Israel.
00:10Menurut jurucakap Kementerian Luar Qatar Majid Al-Ansari, tuduhan tersebut tidak berasas dan hanya bertujuan mengalihkan perhatian daripada kearaan di
00:18wilayah Palestine yang diduduki.
00:24Beliau berkata tuduhan yang dibuat Netanyahu ketika berucap di Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB itu tidak mencerminkan realiti
00:32sebenar.
00:33Sebelum ini Netanyahu mendakwa Qatar menyalurkan dana besar kepada universiti di Amerika Syarikat bagi mempengaruhi golongan muda supaya memusuhi Israel
00:41dan Barat.
00:41Bagaimanapun, Majid menegaskan perubahan pandangan masyarakat antarabangsa terhadap konflik itu bukan berlaku akibat kempen pengaruh seperti yang didakwa.
00:51Menurut beliau, generasi muda masa kini menilai peristiwa yang berlaku berdasarkan maklumat dan gambaran yang mereka saksikan sendiri secara langsung.
00:59Majid turut berpandangan bahawa sekiranya Israel mahu mengubah persepsi dunia terhadap negara itu, tumpuan perlu diberikan kepada perubahan dasar dan
01:07pematuhan undang-undang antarabangsa.
01:09Kenyataan tersebut menambah lagi perang mulut diplomatik yang berlaku di tengah-tengah ketegangan berterusan di Asia Barat.