Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Penyampai Bro Pagi Gegar, Issey dan Fizie mencipta pengalaman unik apabila bersiaran secara langsung dan mempersembahkan dikir barat di puncak Menara 188 Kuantan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua penyampai program Bro Pagi Gegar, Isi dan Fizi mencipta satu lagi detik istimewa apabila berjaya menawan puncak menara 188
00:11Kuantan sambil bersiaran secara langsung dari lokasi berkenaan.
00:15Cabaran tersebut bukan sahaja menyaksikan kedua-dua penyampai menakluk mercu tanda ikonik Pahang itu, malah memberikan pengalaman baru kepada pendengar
00:23THR Gegar apabila siaran radio dibawakan terus dari puncak menara.
00:30Lebih menarik, Isi dan Fizi turut menghiburkan pendengar dengan persembahan DK Barat di puncak menara 188.
00:38Aktiviti itu menjadikan ia antara pengalaman kandungan radio paling unik pernah dilaksanakan THR Gegar.
00:44Menurut pengurus jenama THR Gegar, Azah Sahrin, apa yang dilakukan oleh Isi dan Fizi bukan sekadar menawan puncak menara tetapi
00:51turut membawa pengalaman radio ke satu tahap yang berbeza.
00:54Beliau berkata persembahan DK Barat pada altitude tertinggi di wilayah ekonomi Pantai Timur atau ECER menjadikan acara tersebut lebih bermakna.
01:02Menurut Azah, THR Gegar akan terus menghasilkan kandungan yang segar, dekat dengan pendengar dan pada masa yang sama meraihkan identiti
01:09serta budaya Pantai Timur.
01:11Beliau turut menegaskan bahawa setiap aktiviti yang dilaksanakan perlu memberikan nilai tambah, mencipta kenangan serta mengiratkan hubungan dengan komuniti pendengar.

Recommended