00:00Bantuan kerajaan berperanan sebagai pelindung sementara ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup.
00:07Namun peningkatan pendapatan yang lebih mampan memerlukan perubahan struktur ekonomi dan penciptaan pekerjaan berkualiti tinggi.
00:15Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,
00:18usaha kerajaan memperkukuh kepelbagaian ekonomi penting bagi meningkatkan daya tahan negara terhadap sebarang kejutan ekonomi
00:25di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat.
00:32Menurut beliau, langkah itu dilaksanakan menerusi dasar yang menggalakkan kemasukan pelaburan baharu
00:37selain meningkatkan pelaburan domestik melalui syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC dan syarikat berkaitan kerajaan GLC.
00:45Bantuan hanyalah untuk menahan buat masa sekarang bila ada kesan kos sara hidup dan ini semua.
00:52Tapi bila kita mengubah struktur ekonomi dengan pekerjaan yang lebih bermutu tinggi,
00:59peluang pendapatan itu lebih naik, lebih banyak dapat dibelanjakan dan menolong, menyokong domestik ekonomi dengan lebih baik juga.
01:08Jadi itulah usaha yang kita buat dalam kerajaan.
01:10Kerana itulah dalam kerangka ekonomi mendam ini, kita selalu bercakap pasal menaikkan siling, menaikkan lantai.
01:16Menaikkan siling itu dah jelas nampak, dia bergerak dengan baik.
01:21Sekarang usaha kita untuk mengecepatkan lagi, bagaimana menaikkan lantai yang ada dalam negara ini.
01:28Amir Hamzah berkata, perdekatan itu selari dengan kerangka ekonomi madani yang memberi tumpuan kepada usaha menaikkan siling ekonomi
01:35melalui pertumbuhan dan pelaburan serta menaikkan lantai dengan memastikan manfaat pembangunan diterjemahkan kepada pendapatan dan kesejahteraan rakyat.
01:43Kemajuan dalam usaha menaikkan siling ekonomi semakin jelas,
01:47manakala tumpuan seterusnya adalah mempercepat peningkatan lantai
01:50supaya lebih ramai rakyat mendapat manfaat secara langsung daripada pertumbuhan negara.
01:56Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara eksklusif bersama Estrawani yang disiarkan pada Jumaat.