Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Sepuluh bekas Presiden Majlis Peguam mengecam tindakan EXCO Negeri Sembilan mendakwa memecat Tuanku Muhriz, menyifatkannya ultra vires dan mencabuli Perlembagaan Negeri 1959.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sepuluh bekas Presiden Majlis Peguam menyifatkan dakwaan penurunan takhta yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan,
00:06Tuanku Muhris Ibni Almarhum Tuanku Munawir oleh Majlis Pencuarat Kerajaan Negeri atau EXCO sebagai tindakan yang tidak sah dan mencabuli
00:14perlembagaan.
00:16Menerusi satu kenyataan bersama pada Selasa, kumpulan pengamal Undang-Undang Kanan itu menegaskan tindakan sepihak EXCO berkenaan
00:23dan merupakan serangan langsung terhadap kedaulatan institusi Raja Perlembagaan dan juga keluhuran Undang-Undang.
00:33Menurut mereka, proses penurunan tahta Raja Pemerintah tertakluk secara ketat di bawah Perkara 10 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri
00:42Sembilan 1959 yang menetapkan tiga syarat mandatory.
00:46Ia merangkumi kewajipan mengadakan siasatan penuh dan lengkap oleh empat undang, kewujudan alasan salah laku yang sah
00:53serta hak asasi Tuanku Muris untuk dimalumkan dan didengar yang jelas dinafikan sama sekali.
00:59Kumpulan Peguam Kanan itu turut mempersoalkan kesahan pemasyuran bertarih 19 April lalu yang telah dikecam bekas Menteri Besar Datuk Sri
01:07Aminuddin Harun
01:08manakala Menteri Besar semasa Datuk Ismail Rasim mendakwa menandatanganinya di bawah paksaan pada 3 Ogos lalu sebelum membuat laporan polis.
01:17Tegas kenyataan itu lagi, EXCO langsung tidak mempunyai mandat atau bidang kuasa perlembagaan untuk memecat Raja Pemerintah.
01:24Selain ketidaksahan, permasyuran berkenaan telahpun disahkan oleh Dewan Keadilan dan Undang serta Jabatan Peguam Negara.
01:31Justeru, kesemua 10 mantan Presiden berkenaan menuntut tindakan melampaui kuasa eksekutif itu dihentikan serta-merta
01:39bagi memelihara kedudukan Tuanku Muris sebagai yang dipertuan besar yang sah dan mengelakkan duluan atau Presiden merbahaya kepada negara.
01:47Kumpulan tersebut yang dianggota-i antaranya Datuk Mah Wenkwai, Datuk Ambiga Srinivasan, Christopher Leong serta Karen Chia Yilin
01:55turut menggesa Kerajaan Persekutuan segera campur tangan bagi menghentikan krisis terbabit.
02:01Kenyataan bersama itu turut ditanda tangan enam lagi mantan Presiden iaitu
02:05Kutubul Zaman Bukhari, Yong Yahpoh, Raghunath Kesavan, Lim Chiwi, Josh Varugis dan Salim Bashir.
Comments

Recommended