Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Istana Negeri Sembilan di Changkat Persekutuan, di sini, selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selama hampir satu jam.

Syaff Shukri membawakan laporannya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Untuk yang terkini, wartawan kami Syaf Syukri, kini berada di Istana Hinggap Negeri Sembilan untuk melaporkan apa yang boleh dikongsikan.
00:08Syaf, silakan apa yang terbaru.
00:13Baik, terima kasih rakan setugas Luqman Haris di Bukit Jalil. Seperti yang saya sebut tadi, saya dan juru kamera Wafi
00:18Nur Razmi telah tiba di sini sekitar jam 2.30 petang.
00:21Dan pada jam 6 petang, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negeri Sembilan di Cangkat Pesekutuan ini
00:28untuk menghadap yang di Pertuan Pesekutuan Negeri Sembilan, Tuan Ku Muhris, Tuan Ku Munawir.
00:33Dan selepas hampir satu jam sesi menghadap, Perdana Menteri meninggalkan pekarangan istana pada sekitar jam, hampir jam 7 petang tadi.
00:42Dan kita tahu seperti yang kita laporkan di esrawani.com dan juga di Bulitan Awani, pada ahad malam, Tuan Ku
00:48Muris telah membatalkan pelantikan ahli-ahli majlis mesyuarat negeri SKU berkuat kuasa serta merta.
00:54Dan ini menerusi kenyataan yang dikeluarkan pengelola bijaya di Raja Istana Negeri Sembilan, Datuk Azizi Muhammad Ali, yang mengatakan keputusan
01:00itu dibuat selepas mendapati kesemua ahli SKU terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka.
01:05Dan beliau berkata, menurut perkara 38 kurungan 5 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, UUTKNS 1959, seseorang ahli majlis mesyuarat
01:14kerajaan negeri memegang jawatannya selagi diperkenankan yang di Pertuan Besar.
01:18Dan ahli-ahli berkenaan telah masing-masing mengangkat sumpah dan menandatangani ikrar taat setiap pada 7 Ogos yang lalu sebelum
01:25dilantik dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri Sembilan.
01:28Bagaimanapun Menteri Besar, pada awal pagi tadi, Datuk Ismail Asim menerusi satu kenyataan berkata, mana-mana tindakan memberhentikan atau menamatkan
01:37keahlian EXCO yang dibuat tanpa nasihat atau permintaan rasmi daripada Menteri Besar adalah tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak mempunyai
01:45sebarang kuatkuasa Undang-Undang.
01:47Dan katanya lagi, beliau tidak pernah dirujuk atau menasihati berhubung pemberhentian mana-mana EXCO Kerajaan Negeri di bawah perkara 38
01:55-5 UUTKNS 1959.
01:59Dan beliau menegaskan, tiada sebarang keperluan untuk mengemukakan sebarang cadangan EXCO yang baru kerana barisan EXCO sedia ada adalah masih
02:07sah dari sudut Undang-Undang dan akan terus menjalankan tugas seperti biasa.
02:11Jadi, setakat itu saja laporan saya dari Pekarangan Istana Negeri Sembilan di Cangkat Persekutuan ini, Luqman, kembali bersama anda di
02:18Bukit Jalil.
02:19Terima kasih Syaf. Syaf akan terus membawakan kepada kita yang terkini sekiranya ada sebarang perkembangan atau pergerakan di saluran 501
02:25dan seperti yang disebut setelah tadi, di semua platform digital dan juga media sosial kami. Terima kasih.
Comments

Recommended