00:00Baik, dana pembangunan untuk Sabah dan Sarawak diharap dikekalkan atau ditingkatkan dalam Belanjawan 2027 mengambil kira kedua-dua negeri itu
00:10masih memerlukan pembangunan infrastruktur atas asas.
00:14Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak Dato' Mustafa Saqput berkata keperluan itu termasuk menangani isu infrastruktur pendidikan serta
00:22kemudahan asas lain.
00:24Jadi kita harap, saya harap mewakili suara rakyat Borneo ini kami memohon supaya, kita memohon semua supaya dana pembangunan ini
00:36kekal atau dinaikkan.
00:38Sebab memang banyak lagi sekolah-sekolah daif tadi pun saya melawat beberapa pejabat polis, pondok polis kita.
00:52Saya terkejut, di sematan masih ada pejabat pondok polis yang kayu, yang berumur 69 tahun.
01:12Sama dengan tarikh kebangsaan, hari kebangsaan kita atau hari kemerdekaan di Malaya lah.
01:23Jadi bayangkan, sudah 69 tahun.
01:27Jadi maknanya banyak lagi isu-isu infra asas di kedua-dua negeri ini perlu dipertimbangkan dan perlu diberi keutamaan.
01:42Itu dari segi dana pembangunan kita.
01:45Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek pusat imigresin,
01:53kustom kuarantin dan keselamatan ICQS Sirikinbau pada Isnin.
01:58Untuk makluman, Belanjawan 2026 memperuntukkan masing-masing RM6.9 bilion kepada Sabah dan RM6.0 bilion kepada Sarawak.
Comments