Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan nisbah wanita dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) wajar ditambah jika cadangan penambahan 17 kerusi DUN Sarawak diluluskan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Nisbah wanita dalam kerusi Dewan Undangan Negeri DUN wajar ditambah jika cadangan penambahan 17 kerusi DUN Sarawak diluluskan.
00:10Naib Ketua Wanita Parti Pesaka Bumi Putra Bersatu PBB, Datuk Seri Nancy Syukri berkata,
00:15sebarang pertambahan kerusi sewajarnya turut disusuli peningkatan nisbah wanita dalam penyertaan politik.
00:23Tapi sekarang ini kalau dari segi wanita itu memang kurang.
00:27Yang memohonnya kurang, yang kita kalau tak kira lah semanjung ke Sarawak, ke Sabah,
00:32yang kita nak bagi peluang adalah kepada wanita supaya mereka lebih ramai menyertai program-program seperti ini
00:40dan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam kepimpinan terutama sekali dalam bidang politik.
00:47Dan ekonomi ini ramai.
00:49Cuma di Sarawak ini saya berbangga lah kerana saya dapat melihat kelainan mereka daripada satu program ke satu program yang
00:57lain,
00:58wajah-wajah itu berbeza.
01:00Dan cara mereka mendekatkan diri dalam program peranti sini berbeza juga.
01:04Jadi saya memang amat berbangga dengan cara mereka.
01:08Tambah Nancy, jika pertambahan kerusi parlimen direalisasikan,
01:13penyertaan wanita dalam politik juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan keseimbangan dalam kepimpinan.
01:20Beliau menegaskan usaha melatih lebih ramai pemimpin wanita penting bagi menyediakan generasi pelapis
01:26dan memastikan kesinambungan kepimpinan pada masa hadapan.
01:30Beliau berkata demikian semasa ditemui oleh media selepas madlis pelancaran program Power and Presence Bootcamp
01:36di bawah program perantisan kepimpinan wanita perantis di Pustaka Negeri Sarawak pada Ismail.
Comments

Recommended