Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Margin simpanan penjanaan tenaga elektrik Sabah meningkat daripada paras terendah lapan peratus pada 2024 kepada 19 peratus setakat Ogos tahun ini dan dijangka mencecah 26 peratus menjelang akhir tahun ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Marjin simpanan penjanaan tenaga elektrik Sabah dijangka mencecah 26% menjelang akhir tahun ini.
00:07Ketua Menteri Datuk Seri Haji Ji Nur berkata, ini sekaligus menunjukkan prestasi sistem bekalan elektrik negeri itu meningkat dengan ketara
00:14sejak pengambil alihan kuasa kawal selia sektor elektrik dan tenaga boleh baharu.
00:21Tegas Haji Ji pengambil alihan kuasa berkenaan juga membolehkan Sabah mempercepatkan pelaksanaan projek serta penambahbaikan sistem bekalan elektrik tanpa perlu
00:32menunggu kelulusan pihak berkuasa persekutuan seperti sebelum ini.
00:36Dalam satu kenyataan selepas mempenguruskan mesyuarat Majlis Tenaga Sabah MTS di Menara Kinabalu, Haji Ji memberitahu indeks tempoh gangguan purata
00:46sistem SAIDI juga bertambah baik daripada 598 minit pada 2023 kepada 226 minit setakat Julai tahun ini.
00:57Beliau berkata perkembangan itu merupakan hasil pelbagai inisiatif penambahbaikan sistem GRID yang dilaksanakan secara berterusan.
01:06Katanya pengukuhan sektor tenaga Sabah perlu dilaksanakan secara menyeluruh termasuk kesiapsiagaan infrastruktur penghantaran dan pembahagian bagi meningkatkan daya harap dan
01:17keanjalan sistem.
01:19Dalam mesyuarat sama, usaha bagi membangunkan loji jana kuasa gas di Sandakkan dan Tawau bagi menggantikan loji berasaskan diesel dan
01:28bahan api marin MFO yang berkos tinggi turut dibicangkan.
01:32Beliau berkata LSS dan BESS juga dilaksanakan khusus untuk meningkatkan kebolepercayaan penjanaan elektrik di Pantai Timur.
Comments

Recommended