Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Peningkatan inflasi dikhuatiri berterusan sehingga akhir 2026 dengan kenaikan harga minyak, utiliti dan makanan mula memberi tekanan ketara terhadap harga akhir yang dibayar oleh pengguna.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertemu kembali dalam niaga Warnijam ini, kita mulakan dengan laporan berikut.
00:03Peningkatan infasi dikuatiri berterusan sehingga akhir 2026 dengan kenaikan harga minyak,
00:09utiliti dan makanan mula memberi tekanan ketara terhadap harga akhir yang dibayar oleh pengguna.
00:16Menurut beberapa firma penyelidikan yang ditinjau, ini sekaligus meningkatkan risiko infasi
00:22melepasi kadar 2% dalam beberapa bulan akan datang.
00:28Pada Ogos, indeks harga pengguna IHP naik kepada 1.9% tahun ke tahun berbanding 1.8% pada bulan
00:36sebelumnya
00:37dengan kenaikan harga bahan api, makanan dan utiliti menjadi antara pemacu utama.
00:42Firma penyelidikan TA Research menjangka momentum tersebut akan berterusan secara sederhana sehingga ke hujung tahun
00:49dengan kenaikan harga input mungkin dipindahkan kepada pengguna jika kos tenaga dan operasi kekal tinggi
00:56Ini terutamanya membabitkan komponen berwajaran besar dalam bakul IHP
01:01seperti makanan dan minuman, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api serta pengangkutan.
01:08Keadaan itu juga dikuatiri lebih memburuk akibat peningkatan harga tenaga global,
01:13ketegangan geopolitik serta gangguan bekalan makanan akibat cuaca ekstrim.
01:18Bagaimanapun, TA Research mengekalkan unjuran inflasi utama 2026 pada 2.1%
01:24sambil menyifatkan peningkatan terkini lebih dipacu oleh tekanan kos berbanding permintaan domestik.
01:31Sementara itu, Philip Capital Research mengekalkan unjuran inflasi utama tahun ini pada 1.8%
01:37walaupun mengakui inflasi Ogos meningkat buat kali pertama selepas meredah selama 2 bulan berturut-turut.
01:44Katanya, kenaikan tersebut didorong terutamanya oleh komponen perumahan dan pengangkutan
01:48susulan harga komoditi di global yang lebih tinggi.
01:51Manakala, inflasi teras terus menurut untuk bulan ketiga kepada 1.7%
01:56dan inflasi perkhidmatan kekal pada 2.2%.
02:00Firma itu turut menjangka tekanan inflasi domestik kekal terkawal
02:04menerusi langkah subsidi termasuk kuota bulanan Budi 95 dan Budi Diesel
02:10serta peningkatan ambang perlindungan bilik elektrik kepada 800 kW jam.
02:14Ia turut menjangkakan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman OPR
02:19pada 2.75% sepanjang tahun ini dengan sebarang peningkatan hanya dilakukan pada tahun depan.
Comments

Recommended