00:00Sebanyak 29 syarikat korporat dan sektor swasta menyalurkan sumbangan melebihi RM6.4 juta menerusi program Sahabat Haji Lembaga Tabung Haji
00:10TH bagi musim 1447 Hijrah, 2026 masih yang lalu.
00:16Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Zulkifir Hassan berkata inisiatif kolaborasi strategik itu berjaya meringankan beban kewangan Jemaah
00:25Haji Negara khususnya dalam melengkapkan persediaan keperluan serta menjaga kebajikan sepanjang berada di Tanah Suci.
00:33Beliau turut menyifatkan komitmen berkenaan mencerminkan solidariti nasional demi memberi khidmat terbaik kepada para Duyufur Rahman.
00:44Berucap pada Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji musim 1447 Hijrah dan penghargaan Sahabat Haji 2026 di Ibu Pejabat TH, Zulkifli
00:55menegaskan kejayaan operasi lalu turut didorong pelbagai inovasi dan transformasi digital secara menyeluruh.
01:02Ia merangkumi integrasi serahan pasport digital bersama sistem mainis Jabatan Immigration, talian khidmat khas pengelola Jemaah Haji PGH serta aplikasi
01:13kecerdasan buatan AI menerusi sistem E-Type.
01:17Zulkifli berkata inisiatif tersebut bukan sahaja menyatukan sokongan pelbagai pihak, malah mencerminkan semangat solidariti nasional dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada
01:28para tetamu Allah SWT.
01:29Beliau yakin program sahabat haji itu bakal membantu Jemaah Haji Malaysia khususnya untuk meringankan kos kewangan dalam menyediakan barangan keperluan
01:39ke Tanah Suci.
01:41Dalam pada itu, beliau berkata keberkesanan inisiatif tersebut menyaksikan indeks kepuasan pelanggan Jemaah Haji merekodkan lebih 90% sekaligus melepasi
01:52sasaran asal 85%.
01:54Pencapaian itu turut membolehkan TH mempertahankan pengiktirafan berprestij antarabangsa Anurah Labaitum Diamond buat tahun kedua berturut-turut.
02:05Sementara itu, Zulkifli berkata perancangan bagi operasi musim haji 1448 hijrah kini telah digerakkan lebih awal selari dengan garis masa
02:16Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
02:18di samping meneruskan kerjasama inisiatif Mekah Road.
Comments