Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau perjalanan panjang perjuangan reformasi bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Shah Alam. Beliau menegaskan semangat perjuangan perlu terus diwariskan kepada generasi seterusnya dan mengingatkan bahawa perjuangan perubahan masih belum selesai.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Rada Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali perjalanan panjang perjuangan reformasi bersama rakan-rakan seperjuangan yang telah melalui pelbagai
00:07cabaran dan pengorbanan sepanjang tempoh perjuangan tersebut.
00:10Menuruti perkongsian di media sosial, Anwar menzahirkan perhargaan kepada semua yang terus setia mendukung agenda perubahan sejak awal gerakan reformasi.
00:19Pada ahad, Anwar menghadiri majlis Haiti perjumpaan semula perintis reformis yang berlangsung di Selangor International Trade Center SITC Sya'alam.
00:27Menurut beliau, perjuangan reformasi tidak berakhir dengan kejayaan politik semata-mata. Sebaliknya perlu diteruskan bagi memastikan agenda perubahan dapat dilaksanakan
00:36secara menyeluruh.
00:37Beliau berkata semangat yang telah dibina sejak sekian lama perlu terus diperkasakan dan diwariskan kepada generasi baharu.
00:45Anwar turut menegaskan bahawa usaha membawa perubahan menuntut keberanian, kesabaran dan daya tahan yang tinggi dalam menghadapi pelbagai cabaran.
00:53Katanya pengalaman jatuh bangun yang dilalui sepanjang perjuangan reformasi menjadi bukti bahawa perubahan memerlukan pengorbanan serta ketabahan.
01:02Beliau turut menyeru semua pendukung perjuangan reformasi agar terus memainkan peranan dalam memperkukuh nilai demokrasi, keadilan dan takbik urus yang
01:11baik demi masa depan negara.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended