Skip to playerSkip to main content
  • 37 minutes ago
JAS menegaskan sebarang dokumen yang menggunakan nama atau maklumat pegawainya tanpa saluran rasmi adalah tidak sah serta telah membuat laporan polis berhubung dakwaan penyalahgunaan identiti jabatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Alam Sekitar, JAS menegaskan, sebarang surat atau dokumen yang menggunakan nama, jawatan atau maklumat pegawainya bagi urusan rasmi tetapi
00:10tidak dikeluarkan melalui saluran dan prosedur rasmi yang ditetapkan adalah tidak sah serta tidak diiktiraf sebagai dokumen rasmi jabatan.
00:19JAS menegaskan, ini sesulan pelbagai isu yang tular di media sosial dan laporan media mengenai penyalahgunaan nama jabatan serta nama
00:29dan maklumat pegawainya bagi tujuan tempahan dan urusan perolehan termasuk kes yang dilaporkan berlaku di Kuala Lumpur.
00:38JAS dalam satu kenyataan berkata, jabatan itu tidak membenarkan sebarang penggunaan nama, jawatan atau maklumat pegawai jabatan tanpa kebenaran kerana
00:45boleh mengelirukan orang awam dan pihak berkepentingan serta menjejaskan kredibiliti dan integriti jabatan.
00:52Sebenarnya itu, JAS menafikan sekeras-kerasnya sebarang keterlibatan jabatan dan pegawainya dalam urusan tempahan, pembelian, pelantikan vendor atau apa-apa
01:00transaksi perolehan yang dibuat oleh mana-mana pihak menggunakan nama, jawatan atau identiti pegawai jabatan.
01:06Menurut kenyataan itu, JAS memandang serius perkara berkenaan dan telah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak
01:13berkuasa.
01:14JAS memaklumkan pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan dan memastikan perkara itu ditangani mengikut undang-undang yang berkuat
01:22kuasa.
Comments

Recommended