Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Kelima-lima mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram telah diserahkan kepada waris masing-masing sekitar jam 4 petang Ahad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kelima-lima mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter perkhidmatan Dr. Udara FDS di Longlelang, Ulu Baram
00:08telah diserahkan kepada waris masing-masing sekitar jam 4 petang ahad.
00:13Proses penyerahan disempurnakan komanda operasi yang juga peseruh jaya Polis Sarawak,
00:18Datuk Mohd Zainal Abdullah di Unit Forensik Hospital Miri,
00:22terus diserahkan barangan peribadi milik mangsa.
00:26Keputusan DNA dapat kita perolehi dalam tempoh 24 jam
00:31dan seawal 6 pagi tadi mereka telah memaklumkan
00:36simpel DNA itu telah siap dianalisa dan berpadanan dengan penandaan yang kita buat di tempat kejadian
00:44dengan mangsa-mangsa yang telah kita identifikan.
00:48Dari segi kewajipan pihak polis, kita telah menyerahkan kesemua mangsa-mangsa ini kepada mereka
00:58untuk proses selanjutnya untuk tujuan pengelubian.
01:04Katanya kini terserah kepada keluarga untuk menguruskan jasad mangsa.
01:09Namun Zainal mengesahkan tiga mangsa akan diterbangkan ke kampung halaman masing-masing pada ahad.
01:14Jadi petang ini dan sekarang dalam proses kita menyerahkan kesemua mangsa-mangsa ini kepada waris masing-masing.
01:27Hari ini juga kita akan selesaikan dan dijangka jenazah-jenazah ini akan dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.
01:37Dua akan diantara ke semenanjung dan tiga lagi akan diuruskan di kebumikan di Miri dan juga di Kuching.
01:47Jadi urusan penerbangan dan sebagainya itu akan diuruskan oleh layang-layang aerospace.
01:54Pihak keluarga akan berurusan dengan mereka.
01:58Difahamkan jenazah Kapten Zainul Afiq Bisham akan diterbangkan ke KLIA menerusi maskago.
02:04Manakala Dr. Ainul Barra'ah Kamaruddin akan diterbangkan ke Kota Baru menggunakan penerbangan Ehsan TUDM
02:09memandangkan tiada penerbangan komersial dari Miri ke Kota Baru.
02:14Difahamkan proses pengurusan dan solat jenazah mereka akan disempurnakan di Masjid Jamal Adin di Taman Jelita selepas subuh pada hari
02:21Ahad.
02:22Jasad Debra Mossad pula akan diterbangkan ke Kuching sementara jasad Jesse Payajok dan Alexan Adit Henry akan disemadikan di Miri.
Comments

Recommended