00:00Baik, polis mengesahkan kesemua lima individu yang berada dalam helikopter perkhidmatan doktor udara atau FDS yang terhempas di Long Lelang,
00:10Ulu Baram, Sarawak semalam terkorban dalam nahas berkenaan.
00:14Pesuruh jaya polis Sarawak, Datuk Mohd Zainal Abdullah berkata, kesemua jasad mangsa telah berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian dan
00:23diterbangkan dari Long Lelang ke Miri untuk tujuan berdasar siasat serta proses berkaitan.
00:30Kita telah pun memaklumkan sebentar tadi kepada semua keluarga yang terlibat dan kita telah pun mengambil sampel DNA mereka untuk
00:42kita buat pengecaman.
00:44Walaupun kita kenal pasti ke semua mereka yang mana tidak ada satu pun jasad yang sempurna tetapi berdasarkan kepada pengecaman
00:56barang-barang pribadi ada sedikit cebisan pakaian dan juga kedudukan tempat duduk mereka kita telah dapat mengenal pasti ke lima
01:08-lima mereka.
01:08Tapi walaubagaimanapun kita rasa duka cita tidak ada satu pun jasad ataupun mangsa yang kita jumpai sempurna.
01:23Mangsa terkoban ialah juru terbang layang-layang aerospace Kapten Zainal Afik Bisham 30 tahun, pegawai perubatan KKM Dr Ainul Barra
01:31'ah Kamaruddin 33 tahun, penolong pegawai perubatan Alexan Adit Anak Hendri 31 tahun serta dua juru rawat KKM Deborah Anak
01:40Mosad 40 tahun dan Jesse Payajo 44 tahun.
01:44Mohd Zainal menambah pihaknya turut mengambil sampel DNA daripada ahli keluarga mangsa bagi tujuan pengesahan identiti.
01:50Kesemua mereka dalam keadaan rentung sebab apabila helikopter terhempas dia terus terbakar dan penduduk kampung juga yang berada di sana
02:07membantu juga memadamkan menggunakan pemadam kebakaran yang ada di lapangan terbang sana.
Comments