Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Akmal Nasrullah menjelaskan cadangan itu tidak menjurus kepada penetapan satu angka gaji secara mutlak, sebaliknya memberi tumpuan kepada keterbukaan dan ketelusan mengenai gaji yang ditawarkan kepada pekerja.
Transcript
00:00Cadangan meningkatkan ketelusan dalam tawaran gaji akan diteliti bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati secara lebih adil oleh rakyat
00:09khususnya golongan bumi putera.
00:11Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Muhammad Nasir berkata perkara itu akan dibawakan untuk pertimbangan kementerian ekonomi termasuk mekanisme yang dapat memastikan
00:22tawaran gaji dibuat lebih telus dan adil.
00:27Beliau berkata langkah itu penting bagi meningkatkan bahagian pampasan kepada pekerja atau CE selain memastikan pertumbuhan gaji lebih selari dengan
00:37peningkatan ekonomi negara.
00:39Pada masa yang sama, cadangan mengenai bagaimana peluang saksama yang telah diutarakan sebelum ini dapat dinilai kembali dan sudah pasti
00:50yang penting adalah supaya ruang untuk anak murid,
00:54muda dan pekerja ini untuk mendapat pulangan gaji yang lebih setimpal itu dapat berlaku dengan lebih baik.
01:03Akmal Nasrullah menjelaskan cadangan itu tidak menjurus kepada penetapan satu angka gaji secara mutlak.
01:09Sebaliknya memberi tumpuan kepada keterbukaan dan ketelusan mengenai gaji yang ditawarkan kepada pekerja.
01:16Di peringkat Kementerian Ekonomi juga kita ambil maklum bahawa gaji itu juga sebaik mungkin memenuhi keperluan perbelanjaan mereka.
01:27Sebab itu tidak ada indikator yang dipanggil perbelanjaan asas kehidupan wajar PAKW yang mana itu juga merentasi dari segi perbezaan
01:38lokasi, dari segi jumlah isi rumah dan sebagainya.
01:43Beliau ditemui selepas program sesi dialog bersama Menteri Ekonomi, Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat Bumi Putra pada Isnin.
01:52Forum Anjuran Bersama Unit Peneraju Agenda Bumi Putra Teraju, Equity National Berhad Equinas dan UDA Holdings Berhad itu
02:00menghimpunkan wakil kerajaan, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, institusi kewangan, pemain pasaran modal, pemaju hartanah serta sektor swasta.
Comments

Recommended