00:00Semua sekolah menengah dan rendah di bawah seliaan 10 pejabat pendidikan daerah PPD di Sarawak dibuka semula pada Isnin. Ia
00:08selepas bacaan indeks pencemaran udara IP menunjukkan keadaan yang membolehkan sesi persekolahan diteruskan.
00:15Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan sekolah terlibat ialah di bawah PPD Kucing, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan,
00:26Simunjan, Serian, Seri Aman, Lubuantu dan Betung.
00:31Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan bacaan IPU Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar menerusi sistem pengurusan indeks pencemaran udara
00:39Malaysia yang direkodkan pada jam 10 pagi Ahad.
00:42Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
00:47JPN Sarawak memaklumkan pihak sekolah diingatkan menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid sekiranya bacaan IPU melebihi 100.
00:56Manakala di kawasan IPU yang melebihi 200, sekolah diarah tutup. Guru dan kaki tangan sekolah tidak perlu hadir.
Comments