Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan kes masalah kesihatan berkaitan kualiti udara susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan dalam negara, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Transcript
00:00Waktu ini kita beralih ke laporan berikutnya yang mana Kementerian Kesihatan KKM mengesan peningkatan kes masalah kesihatan berkaitan kualiti udara
00:09sesudah keadaan jerebu di beberapa negeri.
00:12Menteri Kesihatan Dato' Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata berdasarkan pemantauan antara Minggu Epidemiologi ME ke-32 dan ke-33, ASMA
00:21mencatatkan peningkatan 259%.
00:24Selain itu, jakitan saluran penafasan atas URTI meningkat 124%, manakala konjuntivitis menunjukkan pengurangan sebanyak 7%.
00:36Beliau berkata, berdasarkan tempoh sama, URTI mencatatkan jumlah terbanyak pada 3,674 kes peningkatan daripada 1,637.
00:47ASMA, 219 kes berbanding 61 kes dan konjuntivitis 146 kes menurun daripada 157 kes.
00:58Mengenai penakit berkaitan cuaca panas, beliau berkata 90 kes direkodkan dengan majoritinya kelesuan haba pada 71 kes, diikuti strok haba
01:0814 kes dan kekejangan haba 5 kes.
01:12Beliau berkata, sebanyak 8 daripada kes strok haba yang dilaporkan melibatkan temasyasukan Malaysia Sukma Selangor dengan hanya satu kes terpaksa
01:21mendapatkan rawatan lanjut di WAD.
01:23Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Wellness Hub Kuala Selangor dan program Santuni Community Minda Sejahtera Key Mindset
01:31pada Ahad.
Comments

Recommended