00:00PAS mendakwa DAP kini sedang dihukum rakyat, susulan kekalahannya pada pilihan raya di beberapa negeri sambil meramalkan nasib sama untuk
00:09parti itu di Melaka dan Sarawak.
00:12Setiausaha politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman berkata, tren penolakan terhadap DAP, khususnya dalam kalangan Melayu dan Bumi Putera, termasuk di
00:20Sabah dan Sarawak berlaku secara organik, tanpa dipengaruhi penulisan atau amanat Presiden PAS, Hadi Awang.
00:27Syahir yang juga ahli Parlimen Bacu mengulas respons beberapa pemimpin Melayu DAP terhadap artikel terbaru Hadi yang didakwa menyinggung parti
00:35itu.
00:35Katanya Hadi telah diambil keterangan di Bukit Aman susulan beberapa laporan polis berhubung artikel Minda Presiden PAS, selain menambah Hadi
00:43sentiasa memberikan kerjasama baik, malah menyatakan kesediaan untuk dibicarakan di mahkamah sekiranya ada asas dan pertuduhan terhadap beliau.
00:52Dalam pada itu, Syahir menyifatkan kenyataan seorang adun Melayu DAP yang meminta Hadi berundur daripada ruang awam sebagai lekeh dan
01:00menjengkilkan serta berungsu ancaman terhadap keselamatan Presiden PAS itu.
01:05Beliau juga menegaskan ia tidak akan menjejaskan PAS dalam meneruskan perjuangan politiknya.
01:11Akram Daniel, FMT
01:13Terima kasih telah menonton!