Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Seorang pengawal keselamatan warga Singapura dipenjara 14 hari bermula tarikh tangkapan dan denda tujuh ribu ringgit selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap agama Islam hujung bulan lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pengawal keselamatan warga Singapura dipenjara 14 hari bermula tarikh tangkapan dan denda RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah
00:10Magistrik Johor Bahru kerana mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap agama Islam hujung bulan lalu.
00:16Tertuduh Muhammad Anim Atam, 56 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Magistrik A. Syarmini.
00:26Mahkamah turut memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.
00:33Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja berniat hendak melakukan perasaan agama mana-mana individu dan telah didengar oleh seorang lelaki
00:42berusia 29 tahun.
00:44Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 5 petang bermula dari Jalan Tun Razak Johor Bahru Johor hingga Jalan Meldrum Johor
00:51Bahru Johor pada 30 Julai lalu.
00:54Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan
01:04kesalahan.
01:05Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan pemandu e-hailing berada di lokasi tersebut telah terdengar perkataan berkenaan.
01:13Mangsa kemudiannya memuat naik rakaman video berkenaan di beberapa media sosial miliknya sebelum membuat laporan polis pada 31 Julai lalu.
Comments

Recommended