00:00Pengunjung Muzium Negeri Kedah bakal menyaksikan di hadapan mata Tengkorak Gajah Asia atau Eliphus Maximus yang ditemukan di pesisir Pantai
00:08Leman, Kuala Kedah.
00:10Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Syukri berkata, spesimen seberat kira-kira 50 kg itu diperoleh daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
00:17dan Taman Negara Perhilitan pada selasa lalu.
00:21Beliau berkata, spesimen tengkorak gajah itu ditemui oleh nelayan di pesisir Pantai pada September tahun lalu dan selepas itu mendapat
00:30perhatian pihak berkuasa sebelum dibawa untuk penelitian dan tindakan lanjut.
00:35Katanya spesimen berkenaan masih mempunyai struktur tengkorak dan gigi.
00:40Kalau kita tengok dari segi kepala lah kan, tengkoraknya kepala, dia ada gigi. Kita nampak macam gigi lah.
00:51Dan walaupun yang tak lengkap, tapi kita boleh nampak dari segi bentuk, rupa bentuk tu, dia memang menyerupai tengkorak kepala
01:01gajah Asia lah.
01:03Cuma gigi tu kita dapat tengok lah ada.
01:19Beliau berkata, hasil pemerhatian awal mendapati tengkorak tersebut dipercayai telah lama berada di kawasan laut berdasarkan keadaannya dipenuhi teritip serta
01:30lumpur akibat kesan alam semula jadi.
01:33Katanya penyerahan itu adalah sebahagian usaha pemeliharaan sejarah, pendokumentasian dan penyelidikan spesimen hidupan liar untuk menjadi bahan rujukan serta sumber
01:43pendidikan dalam memperkayakan pengetahuan mengenai khazanah biodiversiti negeri.
01:49Beliau berkata, kajian lanjut dan terperinci termasuk beberapa prosedur akan dilaksanakan sebelum spesimen itu dapat dipamerkan kepada umum di muzium
01:58berkenaan.
02:01Dengan penemuan dan spesimen gajah Asia ini, ianya dapat menjadi satu nilai tambah dan juga daya tarikan yang terbaru lah
02:10melalui koleksi pameran yang ada di dalam pameran muzium negara-negara ini.
02:17Kerana kalau kita tengok apabila selesai kita membuat penyelidikan dan juga kajian ini, mungkin ianya kita dapat mengetahui dari segi
02:28usia dan juga
02:29dan ianya mempunyai nilai yang begitu tinggi lah terhadap warisan dan juga koleksi warisan negara-negara itu sendiri lah kan.
02:43Beliau berkata tengkorak mamalia itu terlebih dahulu dibawa pulang oleh perkhilitan untuk siasatan dan tindakan sebelum diserahkan kepada pihak muzium
02:52bagi melaksanakan kajian lebih mendalam.
Comments