00:00Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak 2026 akan berlangsung tanpa peradakan susulan keadaan jerebu serta cuaca panas yang melanda ketika ini.
00:09Pengurusi penyelara sambutan itu, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para peserta.
00:19Menurut beliau, sambutan yang pada asalnya akan berlangsung di Kompleks Sukan Sariki, kini dipindahkan ke Dewan Sentral Sariki.
00:26Susulan perubahan itu, jumlah peserta daripada 125 kontingen turut diselaraskan kepada antara 2,500 hingga 3,000 orang bagi menyesuaikan
00:36dengan kapasiti lokasi yang baharu.
00:38Beliau berkata, kontingen yang telah mengesahkan penyertaan akan diminta mengurangkan bilangan peserta bagi memastikan pengurusan majlis berjalan lancar dan teratur.
00:48Sehari sebelum sambutan utama, beberapa acara keagamaan turut akan diadakan termasuk majlis kesukuran dan zikir di Masjid Al-Mutakin.
00:56Program itu akan melibatkan solat maghrib berjemaah bersama masyarakat setempat, ceramah khas oleh Mufti Sarawak Datuk Khalidi Ibrahim, sesi zikir
01:04dan doa serta solat isyak berjemaah.
01:06Selain itu, empat acara iringan turut disusun bagi memedihkan sambutan Maulidul Rasul tahun ini.
01:12Antaranya termasuk Forum Perdana Ehwal Islam yang dijadual berlangsung pada 25 Ogos, selain pelbagai ceramah dan forum di Masjid serta
01:20surau di seluruh Sarawak sepanjang bulan Rabiul Awal.
Comments