00:00Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
00:02Saudara dan saudari
00:04Saya juga ingin bercakap tentang tanggungjawab saya di Negeri Sembilan
00:08Rakyat Negeri Sembilan telah membuat keputusan dalam pilihan raya
00:12Yang baru yang lalu kita lalui
00:16Terima kasih ke atas kehadiran semua
00:19Keputusan itu adalah terjemahan suara rakyat terhadap kita
00:23Kita perlu menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka
00:28Dan melihat pelbagai faktor yang membawa kepada keputusan itu
00:32Kita tidak boleh menunding jari kepada rakyat
00:35Kita tidak boleh mengatakan rakyat tidak faham
00:38Kita tidak boleh mengatakan rakyat membuat keputusan yang salah
00:43Rakyat mempunyai hak untuk memilih
00:46Dan rakyat mempunyai tanggungjawab untuk memahami
00:49Dan kita harus bertanggungjawab untuk memahami
00:52Mengapa mereka membuat pilihan tersebut
00:55Kalau rakyat menolak kita
00:57Persoalannya bukan mengapa rakyat tidak memilih kita
01:01Persoalannya ialah
01:03Apakah yang menyebabkan rakyat tidak memilih kita
01:06Itulah soalan yang mesti kita jawab dengan jujur
01:09Bukan mencari kambing hitam
01:12Tetapi untuk mencari jalan keluar
01:14Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyebabkan ribuan terima kasih
01:19Kepada Presiden, timbalan Presiden dan seluruh pimpinan keadilan
01:23Atas kepercayaan yang diberikan kepada saya
01:25Untuk menjadi sebahagian kepimpinan keadilan, memimpin keadilan Negeri Sembilan
01:29Saya memahami bahawa amanah ini besar dan tanggungjawab ini amat berat
01:35Saya juga mengambil maklum tuntutan enam ketua cabang
01:38Negeri Sembilan yang mahu saya mengambil tanggungjawab terhadap kekalahan kita
01:44Saya ingin menyatakan bahawa secara terbuka
01:47Bahawa saya bersetuju dengan tuntutan tuan-tuan
01:51Saya juga menerima tanggungjawab ini
01:54Saya memimpin
01:56Maka saya bersedia untuk bertanggungjawab
01:59Saya mahu
02:00Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab
02:03Dan saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa
02:08Adakah segala kepercayaan yang saya buat adalah sempurna?
02:12Tidak
02:12Adakah segala strategi yang kita lakukan berjaya?
02:17Tidak
02:18Adakah terdapat kelemahan dalam kepimpinan?
02:21Ya
02:21Saya mengakuinya
02:23Saya mohon ampun dan maaf
02:26Kepada seluruh anggota parti
02:28Atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang saya mengikul amanah ini
02:33Saya juga mengambil maklum bahawa
02:35Apa sahaja keputusan yang akan dibuat oleh kepimpinan parti
02:39Terhadap diri saya
02:40Saya bersedia menerimanya
02:43Jawatan bukan milik saya
02:45Amanah adalah milik parti
02:47Jika parti melihat ada keputusan yang perlu dibuat
02:51Demi masa depan keadilan
02:53Saya akan menghormatinya
02:55Tetapi saya ingin tegaskan
02:57Bahawa
02:59Tidak akan menjadi
03:01Kekalahan sebagai alasan untuk berhenti berjuang
03:05Sebaliknya kekalahan ini mesti menjadi titik permulaan
03:09Kepada pembinaan semula
03:11Dan ini yang kita harapkan
03:14Kalau organisasi perlu disusun semula
03:17Kita susun
03:18Kalau strategi perlu diperbaiki
03:20Kita perbaiki
03:21Kalau jentera perlu diperkemaskan
03:24Kita perkemaskan
03:25Kalau kita perlu kembali turun ke akar umbi
03:28Kita turun
03:30Dan kalau saya sendiri perlu mendengar
03:32Lebih banyak kritikan daripada anggota
03:34Saya sedia untuk mendengar
03:37Saya tidak mahu keadilan Negeri Sembilan
03:39Menjadi parti yang hanya muncul ketika pilihan raya
03:42Saya mahu kita hadir bersama rakyat
03:45Setiap masa
03:46Ketika rakyat susah
03:48Kita mesti ada
03:50Ketika anak muda mencari masa depan
03:53Kita mesti ada
03:54Ketika keluarga berdepan tekanan
03:56Kuasa hari hidup
03:57Kita mesti ada
03:59Ketika petani nelayan
04:01Penjaja, pekerja
04:02Dan golongan rentan
04:03Menghadapi masalah
04:04Kita mesti ada
04:06Parti keadilan
04:08Bukan sekadar parti pilihan raya
04:10Keadilan adalah gerak kerja
04:12Politik yang lahir
04:14Daripada penderitaan rakyat
04:16Dan perjuangan
04:16Menegakkan keadilan
04:18Saya percaya
04:20Kita telah mencapai satu perkara yang sangat penting
04:23Iaitu kestabilan
04:24Tetapi kestabilan
04:26Bukan destinasi terakhir
04:28Kestabilan adalah asas
04:30Untuk kita melakukan perubahan
04:32Sebab itu rakyat hari ini
04:34Mahukan tindakan
04:35Rakyat maukan kerajaan yang berbeza
04:38Daripada kerajaan sebelum ini
04:40Rakyat mahu melihat pemimpin yang berbeza
04:43Rakyat mahu melihat politik yang berbeza
04:49Akhirnya
04:50Saya ingin menyatakan kepada seluruh anggota keadilan
04:54Bahawa kita mungkin kalah dalam satu pilihan raya
04:57Tetapi jangan kita kalah dalam perjuangan
05:00Kita mungkin kehilangan beberapa kerusi
05:03Tetapi jangan kita kehilangan prinsip
05:05Kita mungkin dikritik
05:08Tetapi jangan kita kehilangan arah
05:10Kita mungkin dikhianati
05:12Tetapi jangan kita menjadi pengkhianat
05:15Kepada cita-cita reformasi
05:17Kita mungkin melakukan kesilapan
05:19Tetapi jangan kita takut memperbaikinya
05:22Kerana reformasi bukan perjuangan
05:25Yang tidak pernah jatuh
05:27Reformasi adalah perjuangan
05:29Orang yang jatuh
05:31Bangun semula
05:32Belajar daripada kesilapan
05:34Dan terus berjalan
05:36Itulah sejarah
05:38Anwar Ibrahim
05:40Itulah sejarah keadilan
05:42Dan itulah yang mesti menjadi masa depan kita
05:45Terima kasih telah menonton
Comments