Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
PKR secretary-general Datuk Dr Fuziah Salleh acknowledged that the party is “battered” and “hurt” after a difficult year of political setbacks, but urged members at its National Congress to turn their disappointment into renewed determination.

Citing PKR’s low point in 2004, when it held just one parliamentary seat, she stressed that the party had overcome tougher challenges and must now rebuild while continuing to govern the country.

Read more at https://tinyurl.com/mwz8sbyf

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Para hadirin yang dikasihi sekalian, pada hari ini kita hadir di Kongres dalam keadaan duka, dalam keadaan cedera.
00:14Kita hadir di sini bukan ketika semangat kita paling puncak.
00:19Kita hadir setelah kita melalui satu tempoh yang mencabar dan meninggalkan kesan yang tidak kecil kepada perjuangan kita.
00:32Beberapa pilihan raya menguji kekuatan kita.
00:36Kita kehilangan beberapa medan yang selama ini menjadi sandaran perjuangan, termasuk negeri yang pernah kita terajui.
00:45Kita juga melalui perubahan dalam hubungan politik yang tidak semuanya mudah untuk kita terima.
00:52Ada rakan dalam perjalanan yang patut satu ketika kita memilih, yang pada satu ketika dengan kita,
01:00ada kala memilih haluan yang sukar kita percayai, boleh berlaku perkara tersebut.
01:07Ibarat tidur sebantal mimpi lain-lain.
01:11Ianya meninggalkan kesan yang bukan sedikit di hati sanubari kita.
01:16Tidakkan yang buat kita rasa terhiris dan terluka.
01:20Namun, Kongres ini bukan tempat untuk kita menunding jari.
01:25Mencari siapa yang salah atau membalas apa yang telah berlaku.
01:30Sebaliknya, kita perlu cukup matang untuk membaca realiti, cukup jujur untuk mengakui kelemahan dan cukup berani untuk belajar daripada pengalaman.
01:44Walaupun demikian, kita tidak boleh berpura-pura bahawa tiada apa yang berlaku.
01:53Kita mesti mengakui bahawa kita pernah kecewa, pernah sedih, pernah terluka,
02:00tapi kita tak boleh biarkan luka menentukan masa depan kita.
02:05Luka bukan pengakhiran dan kekalahan bukan penamat kepada perjuangan.
02:11Sejarah parti kita sendiri telah membuktikan bahawa setiap kali kita diuji,
02:17kita sentiasa mempunyai pilihan untuk bangkit, memperbaiki diri dan membina semula kekuatan.
02:28Hari ini, tugas kita bukan untuk terus melihat kepada apa yang telah hilang,
02:34tetapi untuk menentukan apa yang mahu kita bina semula,
02:39bagaimana kita mahu bangkit dan ke mana kita mahu membawa perjuangan selepas ini.
02:47Kalau kita mahu bercakap tentang titik paling rendah dalam sejarah keadilan,
02:52saya ingin mengingati, mengingatkan kita semua bahawa titik paling rendah kita bukan hari ini.
03:00Kita pernah berada di tempat yang jauh lebih sukar.
03:06Cuba lihat kepada tahun 2004.
03:09Ketika itu, keadilan masih sebuah parti yang muda,
03:13lahir daripada gelombang reformasi dan baru melalui proses penggabungan.
03:18Pada masa yang sama, Dato' Sui Anwar Ibrahim masih berada dalam penjara.
03:23Selepas Pilihan Raya Umum 2004,
03:26keadilan hanya mempunyai satu kerusi parlimen,
03:30iaitu Permatang Pau.
03:32Berbanding dengan tahun 1999,
03:35di mana keadilan ada lima kerusi parlimen dan lima kerusi dun.
03:41Kita berhenti sejenak.
03:44Kita bayangkan keadaan kita pada ketika itu.
03:48Sebuah parti yang hanya mempunyai satu kerusi di parlimen
03:51dengan majoriti yang begitu tipis.
03:54Kak Wan ketika itu menang dengan hanya 590 undi.
03:59Itu pun tiga kali kira.
04:01Pada ketika itu, kita kehilangan anggota.
04:05Ramai yang tinggalkan parti.
04:07Ada yang kecewa.
04:09Ada yang hilang keyakinan.
04:11Malah ada yang merasakan bahawa perjuangan ini mungkin sudah sampai ke penghujungnya.
04:19Tetapi kita tidak menyerah.
04:21Kita tidak membubarkan parti dan meninggalkan perjuangan.
04:25Dan sebaliknya kita terus bergerak, membina organisasi,
04:30memperkukuh anggota, mendekati rakyat
04:33dan membawa suara reformasi dari satu tempat ke satu tempat.
04:38Kita terus bertahan kerana kita percaya
04:41bahawa perjuangan ini lebih besar daripada keputusan satu-satu pilihan raya.
04:48Lebih besar daripada jumlah kerusi yang kita miliki
04:51dan lebih besar daripada kepentingan mana-mana individu.
04:55Itulah kekuatan sebenar keadilan.
05:00Kita mungkin pernah jatuh
05:02tapi kita tidak pernah memilih untuk menyerah.
05:06Dan sejarah itulah yang seharusnya menjadi sumber keyakinan kita hari ini.
05:11Bahawa selagi kita punya keberanian untuk memperbaiki diri
05:15dan kesetiaan kepada perjuangan keadilan.
05:19Keadilan akan terus mempunyai jalan untuk bangkit.
05:23Keadilan akan terus memperbaiki diri
Comments

Recommended