00:00Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin selamat menjalani rawatan dan kini sedang beristirahat.
00:07Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu
00:15yang disiarkan Jabatan Penerangan Malaysia pada Sabtu.
00:19Sultan Mizan turut menzahirkan penghargaan dan rasa terharu atas doa yang diberikan sepanjang tempoh berkenaan.
00:26Baginda dan seluruh kerabat turut merakamkan ucapan terima kasih kepada masjid, surau, institusi tafiz, para alim ulama serta pemimpin masyarakat.
00:37Penghargaan turut ditujukan kepada badan organisasi, individu dan seluruh lapisan rakyat yang mendoakan Baginda
00:43ia termasuk mereka yang melaksanakan solat hajat serta bacaan yasin untuk kesihatan Sultan Mizan.
00:49Kenyataan ini turut mendoakan agar Baginda terus dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan.
Comments