Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
“Saya rasa macam kena siram air panas satu badan, rambut ditarik dan macam-macam lagi ketika koma.”

Itulah antara pengalaman yang diceritakan Zetty, bukan nama sebenar, kepada Kak Jemm selepas satu kemalangan yang menyebabkan dia koma. Sebelum kejadian itu, Zetty mengakui dia gemar mengenakan pakaian seksi dan bangga apabila penampilannya menjadi perhatian. Namun, pengalaman yang dilaluinya ketika koma membuatkan dia nekad untuk meninggalkan kehidupan lamanya, termasuk membakar pakaian-pakaian seksi yang pernah dipakainya.

Dalam episod kali ini, Kak Jemm turut berkongsi kisah Maria, seorang rakan yang pernah bekerja di pihak berkuasa tempatan dan dikatakan sering menerima bayaran “duit tepi”. Kehidupannya yang suatu ketika dahulu kelihatan mewah berubah selepas dia jatuh sakit dan susut berat badan secara mendadak sebelum meninggal dunia.

Apakah yang sebenarnya berlaku kepada Zetty dan Maria? Ikuti perkongsian penuh Kak Jemm dalam Sembang Wanita Xtra.
Comments

Recommended