00:00Presiden PAS Abdul Hadi Awang yakin Perikatan Nasional tidak melanggar perlembagaan gabungan itu sehingga berisiko digantung oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
00:10Malaysia atau JPPM kerana tiada bukti atau hujah kukuh.
00:15Kenyataan itu menyusul selepas JPPM mengesahkan terima aduan rasmi daripada Bersatu.
00:21Aduan berkenaan mendakwa Bersatu tidak dilibatkan dalam mesyuarat majlis tertinggi atau MTPN pada 16 Julai lalu selain pertikaian mengenai kedudukan
00:32keanggotaannya.
00:34Ketegangan dalam gabungan itu turut tercetus apabila Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz menuduh pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar sekadar
00:43boneka yang dikawal oleh Hadi.
00:45Kenyataan itu dibuat selepas Hadi mendakwa Bersatu bukan lagi Parti Komponen PN kerana menyatakan di bawah perlembagaan PN mana-mana
00:54parti memilih menyertai atau membentuk gabungan lain akan secara automatik kehilangan keahliannya.
01:01Bagaimanapun Ahmad Samsuri menegaskan Bersatu masih kekal sebagai Parti Komponen PN meskipun timbul dawaan parti itu mahu memulakan langkah membentuk
01:10gabungan politik baru.
Comments