Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Ketakutan terhadap anjing dalam kalangan masyarakat antara lain berpunca daripada cara haiwan itu digambarkan sejak kecil.

Didikan ini bermula apabila segelintir ibu bapa memberi amaran kepada anak-anak supaya menjauhi anjing kerana bimbang digigit.

Aktivis Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (HIDUP), Dr Kartini Farah Rahim berkata, ia secara tidak langsung membentuk tanggapan bahawa semua anjing bersifat agresif, sedangkan tidak semua anjing menunjukkan tingkah laku sedemikian.
Transcript
00:00Ketakutan terhadap anjing dalam kelanggan masyarakat antara punca daripada cara haiwan itu digamarkan sejak kecil.
00:08Tidikan ini dikatakan bermula apabila segelintir ibu bapa memberi amaran kepada anak-anak supaya menjauhi anjing kerana bimbang digigit.
00:16Menurut aktivis seasasi hidupan Lia Malaysia Dr. Kartini Farah Rahim, ia secara tidak langsung membentuk tanggapan bahawa semua anjing bersifat
00:25agresif
00:25sedangkan tidak semua anjing menunjukkan tingkah laku sedemikian.
00:30Tetapi saya tahu setengah ibu bapa apabila melihat anjing dia akan menakutkan kata jangan pergi situ nanti anjing gigit.
00:39Itu secara otomatik budak-budak akan merasakan benda itu atau anjing adalah satu yang otomatik.
00:47Semua secara generalisasi semua anjing itu adalah agresif.
00:52Itu adalah salah satu masalah budaya kita, kefahaman yang salah.
00:58Beliau berkata sensitiviti agama yang disalah erti turut menjadi antarfaktor, terutama apabila anjing menghampiri kawasan rumah ibadat,
01:08sehingga ada pihak mengambil tindakan sendiri seperti meracun.
01:12Dari sudut Islam, Pensyarahkanan Jabatan Usul Al-Din dan Da'wah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Dr. Muhammad Razif Muhammad
01:21Fuad,
01:21turut bersetuju bahawa budaya setempat mempengaruhi cara masyarakat berinteraksi dengan anjing.
01:29Anjing peliharaan, yang berteliharaan, yang mengganggu ataupun mengancam keselamatan awam,
01:37yang tak ada akulah tak kola dia, ataupun tak ada talu, tak diikat, tak dijaga pada waktu malam,
01:45yang bila dia bertanggungjawab di sisi agama adalah pemilik dia, bukan haiwan itu sendiri.
01:49Jadi, yang kena bertanggungjawab, yang perlu disesualkan adalah pemilik dia, bukan anjing.
01:58Anjing tak tahu apa-apa.
01:59Jadi, para ulama meletakkan tanggungjawab atau kembaman ke atas pemilik apabila terbukti wujudnya kecuaian.
02:09Bagi meredakan isu ini, Peguam Hak Asasi Haiwan, Rajas Nagarajan berpendapat,
02:15pihak berkuasa tempatan perlu mengimbangi cara menangani anjing yang boleh membahayakan komuniti
02:21dengan keperluan memastikan haiwan itu tidak diperlaku secara kejam.
02:27For example, kalau kita ambil Australia, Turkey dan negara-negara lain,
02:31mereka telah pun solve this problem dengan melakukan proses neuter.
02:36Bila kita neuter, neuter dan sepi, iaitu memandulkan,
02:39bila kita memandulkan haiwan itu, haiwan itu tidak boleh lagi menghasilkan anak.
02:44Dan masalah itu akan selesai dalam satu generasi.
02:49Sebab haiwan liar, anjing liar macam ini, mereka memang tak boleh hidup lama pun atas jalan raya.
02:54Kalau kita simpan kat rumah, boleh simpan 10 tahun, 15 tahun.
02:58Tapi anjing jalanan atau anjing liar, mereka boleh hidup pun maksimum 3 tahun, 4 tahun saja.
03:04Sebab tak ada makanan, tak ada ubat-ubatan dan sebagainya.
Comments

Recommended