Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
AMK menegaskan rakyat tidak berhutang undi kepada mana-mana parti, sebaliknya PKR berhutang penjelasan kepada rakyat.
Transcript
00:00Parti Keadilan Rakyat PKR perlu berani bermuasabah sesulang keputusan pilihan raya negeri PRN berburu ini dan tidak menyalahkan pengundi atas
00:09kekalahan yang dialami.
00:11Ketua Angkatan Muda Keadilan AMK Muhammad Kamil Ahmad Munim berkata, parti itu sebaliknya perlu mencari punca sebahagian rakyat masih belum
00:19yakin terhadap PKR.
00:22Menurutnya kemenangan dalam pilihan raya memberikan keyakinan manakala kekalahan perlu dijadikan ruang untuk melakukan refleksi diri dan memperbaiki kelemahan parti.
00:32Beliau menegaskan rakyat tidak berhutang undi kepada mana-mana parti sebaliknya PKR yang berhutang penjelasan kepada rakyat.
00:39Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sebena Kongres Nasional AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka MITC-Ikeroh pada Jumaat.
00:49Muhammad Kamil berkata PKR juga perlu memberikan jawapan yang lebih baik terhadap naratif pihak tertentu yang mendakwa kepentingan Melayu dan
00:56Islam terancam di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
01:01Menurutnya kegagalan menjawab keresahan rakyat akan membuka ruang kepada pihak lain, mengisinya dengan naratif ketakutan dan kecurigaan.
01:09Sebungan itu, PKR perlu menawarkan politik keyakinan dengan memastikan kepentingan Melayu serta kedudukan Islam terus terpelihara dalam kerangka Malaysia yang
01:19adil dan menghormati kepelbagaian.
Comments

Recommended