Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Polis menahan seorang guru lelaki kerana disyaki memukul seorang pelajar berusia 14 tahun serta menampar ibu pelajar tersebut dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.

Category

πŸ—ž
News
Transcript
00:00Polis menahan seorang guru lelaki kerana disyaki memukul seorang pelajar berusia 14 tahun serta menampar ibu pelajar tersebut dalam dua
00:09kejadian berasingan di Pasir Mas, Kelantan.
00:12Ketua Polis Daerah Pasir Mas, SCP Mazlan Hassan berkata, suspek berusia 54 tahun itu ditahan pada Rabu selepas pihaknya menerima
00:19laporan daripada ibu mangsa berusia 42 tahun pada hari yang sama.
00:24Beliau berkata kejadian membabitkan pelajar lelaki itu berlaku di sebuah sekolah menengah pada selasa lepas.
00:30Pada hari keesokannya, 12 Ogos, wanita terbabit pergi berjumpa guru itu untuk berbincang mengenai kejadian tersebut namun guru perkenaan dipercayai
00:38menamparnya ketika pertemuan itu.
00:40Suspek ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan dan direman selama tiga hari bermula Khamis bagi membantu siasatan.
00:48Beliau berkata, kes disiasat ke Seksyen 324 Kanun Kesesaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.
01:00Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended