Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Pasukan penyiasat Malaysia telah diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan di Jakarta berkaitan kes penyeludupan dadah, bulan lepas.
Transcript
00:00Pasukan penyiasat Malaysia telah diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil keterangan dan menjalankan siasatan terhadap juruterbang rakyat Malaysia
00:09yang ditahan di Jakarta berkaitan kes penyeludupan dadah bulan lepas.
00:14Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkembangan itu membolehkan siasatan lanjut dijalankan meskipun masih berada di peringkat
00:23awal.
00:25Beliau berkata pihaknya telah menerima taklimat awal daripada pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Nakotik JSJN Bukit Aman, Datuk Husin Omar Khan,
00:34mengenai status terkini proses tersebut.
00:37Beliau berkata susunan itu satu plan komprehensif untuk menambah baik kawalan keselamatan di lapangan terbang negara di jadual dibentangkan kepada
00:45Jemaah Menteri Rabu Depan.
00:47Beliau juga telah meneliti taklimat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman yang mempengusikan mesyuarat pelbagai agensi
00:56bagi memperincikan plan tersebut.
00:59Saifuddin Nasution memberikan tempoh dua minggu sejak minggu lepas untuk mereka memperincikan plan ini.
01:05Pada 29 Jun lepas, seorang juru terbang warga Malaysia ditahan di Indonesia kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah besar dadah termasuk
01:14lebih 70,000 PSC seberat 25 kg.
Comments

Recommended