00:00Jumlah mangsa kebakaran feri penumpang KMP Puteri Yasmin di Selat Lombok, Indonesia meningkat kepada 212 orang selepas 39 orang lagi
00:09dibawa ke darat.
00:10Pejabat mencari dan menyelamat SAR Mataram berkata daripada angka terbaru itu, seorang penumpang disahkan meninggal dunia manakala 211 lagi selamat.
00:19Agensi itu memaklumkan 39 orang telah dipindahkan dari tempat kejadian oleh KMP Parama, Kaliani yang tiba di Pelabuhan Lembar kira
00:28-kira 9.40 malam waktu tempatan pada Rabu.
00:31Mangsa dibawa ke pusat kawalan untuk pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut.
00:36Menurut agensi itu lagi, sinergi dan penyelarasan antara pelbagai pasukan di lapangan terus diperkukuh untuk memastikan semua mangsa menerima bantuan
00:44segera dan optimum.
00:45Kebakaran di KMP Puteri Yasmin dilapor berlaku pada 4.15 pagi waktu tempatan ketika kapal itu sedang berlayar dari Pelabuhan
00:53Padang Bai di Bali ke Pelabuhan Lembar di Nusa Tenggara Barat.
Comments