Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Donald Trump mendakwa Tentera Laut AS mempunyai kawalan penuh ke atas Selat Hormuz selepas operasi pembersihan periuk api, meskipun Iran menegaskan laluan strategik itu hanya akan dibuka jika tuntutannya dipenuhi.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa negara itu kini mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas selat humus dan akan terus mengekalkan
00:08kawalan terhadap laluan perairan strategik berkenaan.
00:11Dalam kenyataan menerusi platform Truth Social, Trump berkata sekatan laut Amerika di laluan berkenaan sebelum ini digambarkan sebagai tembok keluli
00:20sambil mendakwa Iran tidak mempunyai keupayaan untuk mencabarnya.
00:24Dalam kenyataan kepada pemberita di White House pada Isnin, Trump turut mendakwa Amerika telah melakukan operasi pembersihan periuk api di
00:33seluruh selat humus dan tentera laut Amerika kini mempunyai 100% kawalan ke atas laluan strategik itu.
00:40Walaupun Iran menegaskan Washington perlu memenuhi tuntutannya sebelum selat humus dibuka semula, Trump mendakwa laluan berkenaan sebenarnya sudah dibuka.
00:54selat humus ketika ini. Trump juga mendakwa Iran masih meletakkan periuk api dari semasa ke semasa namun tentera Amerika akan
01:02menjalankan operasi untuk membersihkannya.
Comments

Recommended