Skip to playerSkip to main content
Kerajaan menafikan dakwaan aset milik Lembaga Tabung Haji (TH) dijual kepada golongan bukan Islam atau pihak berkepentingan dari China kononnya sebagai sebahagian proses penstrukturan semula institusi tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, aset yang dipindahkan di bawah pelan pemulihan 2018 itu dijual kepada syarikat tujuan khas dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791565/berita/nasional/tiada-aset-th-dijual-kepada-golongan-bukan-islam-atau-china---menteri-agama

#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #DewanRakyat #AsetTH

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keadaan tersebut akhirnya memaksa Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan dalam bahasa yang sebetulnya bail out tabung haji dengan pelan pengsturan
00:11semula bagi memulihkan kedudukan kewangannya supaya tabung haji kembali solvent serta kekal mampan untuk jangka panjang.
00:20Tan Sri Jawa Pertua, setelah mempertimbangkan empat pilihan bagi menstabilkan tabung haji, akhirnya keputusan Kabinet dibuat untuk menjual aset kurang
00:33berdaya saing dan bermasalah bernilai 9.7 bilion pada nilai premium yang jauh lebih tinggi
00:42atau dalam bahasa yang mudahnya dua kali ganda tinggi berjumlah 19.9 bilion bagi menutup jurang defisit aset dan liabiliti
00:51sebanyak 10 bilion.
00:53Tindakan ini bertujuan menyelamatkan dan membaik pulih kedudukan kewangan tabung haji dengan serta-merta.
00:59Tabung haji telah menjual 100 saham tersenarai, 29 hartanah dan sebuah syarikat ladang kelapa sawit kepada Urus Harta Jemaah Sendirian
01:11Berhad, syarikat tujuan khas milik kerajaan.
01:15Bagi membiayai pembelian tersebut, UJSB telah mengeluarkan sukuk yang dilanggan sepenuhnya oleh tabung haji.
01:24Izainkan saya, Bintang Suri.
01:28Tan Suri yang dipertua, saya ingin menegaskan di sini, tiada aset yang dijual kepada bukan Islam mahupun kepada Cina.
01:38Seperti yang difitnahkan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menanamkan kebencian dan membuat hasutan.
01:47Aset ini adalah hak milik Urus Harta Jemaah, syarikat milik penuh Menteri Kewangan diperbadankan.
Comments

Recommended