Skip to playerSkip to main content
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berpendapat pembayaran keuntungan Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2017 yang dibuat berdasarkan kaedah Realisable Asset Value (RAV) tidak selaras dengan kehendak Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

RCI turut berpandangan pengiraan berdasarkan RAV bukan merupakan kaedah pengiraan yang mematuhi standard piawaian perakaunan yang diiktiraf secara umum.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Ketua Audit Negara telah mengandaikan bahawa kelusan Menteri dalam menentukan tahap rosak nilai sebagai kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen
00:1011B Akta 240.
00:13RCI mendapati, Tabung Haji dalam mengira agihan keuntungan tidak merujuk kepada penyata kawangan yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
00:23Tabung Haji telah melantik EY sebagai konsultan untuk menyediakan laporan proforma kedudukan keuangan.
00:32RCI mendapati penggunaan laporan proforma yang disediakan oleh EY tidak boleh dijadikan asas untuk membayar agihan keuntungan.
00:42Malahan, EY sendiri dalam kenyataannya menyatakan bahawa laporan proforma financial information bukanlah untuk dijadikan asas untuk Tabung Haji membayar keuntungan.
00:54Dengan itu, RCI berpendapat, pembayaran keuntungan dari tahun 2014 sehingga 2017 yang berpandukan RAV adalah tidak selaras dengan kehendak Seksyen
01:0922 Akta Tabung Haji.
01:11Pengiraan RAV bukanlah pengiraan yang mematuhi standar pihawayan perakaunan yang diakui umum.
01:19Ketiga
Comments

Recommended