Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Jerman menggesa Iran kembali ke meja rundingan bersama negara serantau dan Amerika Syarikat bagi menamatkan konflik yang berterusan.

Berlin turut menuntut pembukaan semula Selat Hormuz tanpa syarat bagi menjamin kebebasan dan keselamatan pelayaran antarabangsa.
Transcript
00:01Jerman menggesa Iran agar kembali ke meja rundingan dengan negara-negara serantau dan Amerika Syarikat bagi menamatkan ketegangan yang berterusan
00:09di rantau Asia Barat.
00:11Menteri Luar Jerman Johan Wehdeful memaklumkan Berlin menuntut pembukaan semula selat hormus tanpa sebarang syarat bagi menjamin kelancaran perdagangan di
00:20selat berkenaan.
00:22Tambahnya seruan itu disampaikan kepada rakan sejawatnya dari Iran Abbas Arakchi dalam satu perbualan telefon.
00:28Katanya Iran perlu menunjukkan komitmen dalam rundingan bersama negara serantau dan Amerika Syarikat bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik semasa.
00:37Wehdeful menegaskan bahawa selat hormus perlu dibuka sepenuhnya bagi memastikan kebebasan dan keselamatan pelayaran untuk semua pihak.
00:45Selat hormus merupakan salah satu laluan maritim paling penting di dunia khususnya bagi penghantaran minyak dan sumber tenaga dari rantau
00:53teluk ke pasaran antarabangsa.
00:54Sebarang gangguan terhadap laluan itu dijangka memberi impak kepada rangkaian bekalan global dan pasaran tenaga dunia.
Comments

Recommended